Select Page

Info Kursus Kahwin Meru Raya, Ipoh 

Sekiranya anda masih belum tahu, untuk muda-mudi atau bakal pengantin yang tercari-cari kursus kahwin Ipoh, terdapat dua lokasi pusat kursus kahwin Meru Raya, Ipoh.

Bandar Meru Raya, Ipoh yang terletak berhampiran pusat Bandaraya Ipoh kini menjadi lokasi yang popular bagi muda-mudi setiap minggu.

Di sana anda akan temui:

  • Banyak kedai-kedai makan, restoran-restoran seperti Pulut Cendol Durian, Ayam Penyet AP, Burger Corner atau My Nasi Kandar. Termasuk kedai-kedai fastfood seperti McDonalds, KFC atau Subway.
  • Mydin Mall Meru Raya yang menyediakan bermacam-macam kemudahan untuk anda bershopping.
  • Terminal Bas Amanjaya Ipoh yang memudahkan anda sampai ke Bandar Meru Raya sekiranya anda menggunakan kenderaan awam atau bas.
  • Bank-bank dan kemudahan ATM.

 
kursus kahwin meru raya ipoh
 
kursus kahwin meru raya ipoh 2
 

Lokasi Pusat Kursus Kahwin Meru Raya, Ipoh

Pada saat ini, terdapat dua pusat kursus kahwin yang menyediakan penganjuran kursus perkahwinan hampir setiap minggu.

Ianya adalah:

  1. Kursus kahwin Terminal Amanjaya – terletak di tingkat 1, di dalam Terminal Bas Amanjaya.
  2. Kursus kahwin di belakang KFC – terletak betul-betul di belakang bangunan KFC, satu deret dengan Ikhwan Pharmacy dan di tingkat 3 bangunan IGB Training & Consultancy.

 

Tarikh Penganjuran Kursus Kahwin Meru Raya, Ipoh

Penganjuran kursus pra perkahwinan di sini adalah pada setiap Sabtu & Ahad setiap minggu, setiap bulan.

Bagaimanapun, susunan penganjurannya setiap bulan adalah sebegini:

  1. Sabtu & Ahad minggu 1 – di kursus kahwin Terminal Amanjaya
  2. Sabtu & Ahad minggu 2 – di kursus kahwin di belakang KFC
  3. Sabtu & Ahad minggu 3 – di kursus kahwin di belakang KFC
  4. Sabtu & Ahad minggu 4 – di kursus kahwin Terminal Amanjaya

 

Bagaimana Anda Boleh Bertanya Atau Membuat Booking Kursus Kahwin?

Untuk sebarang pertanyaan atau booking kursus kahwin, anda boleh sahaja Whatsapp Kak Sue di Hotline 019 4400043.

Atau anda boleh KLIK link Whatsapp ini, http://kursuskahwinperak.wasap.my

Kak Sue akan segera menjawab segala pertanyaan anda tentang kursus perkahwinan atau booking.
 

Apakah Dokumen Yang Anda Perlu Bawa Nanti?

Sewaktu anda hadir ke kursus kahwin nanti, anda cuma perlu membawa 1 salinan kad pengenalan anda sahaja.

Sekiranya anda seorang warga asing, mohon anda membawa passport anda dan 1 salinan passport anda.
 

Macamana Dengan Yuran? Bila Ianya Perlu Dijelaskan?

Perkara yang paling penting yang anda perlu lakukan adalah membuat booking melalui Whatsapp terlebih dahulu.

Tentang yuran, anda boleh jelaskan yuran sewaktu anda hadir ke kursus kahwin nanti.
 

Lain-lain Maklumat Tentang Kursus Kahwin Meru Raya, Ipoh

Selain anda boleh menghubungi Kak Sue melalui Whatsapp (019 4400043 atau KLIK link Whatsapp, http://kursuskahwinperak.wasap.my), anda juga boleh melihat lain-lain info seperi masa penganjuran kursus kahwin Meru Raya, Ipoh di laman web rasmi Kak Sue: www.kursuskahwinperak.com
 
 

Shares