Select Page

Buat pengetahuan anda, kursus kahwin Perak mempunyai sedikit perbezaan berbanding dengan negeri-negeri lain terutamanya di Wilayah Pesekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan).

Ini disebab setiap Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) di Malaysia mempunyai proses dan prosedur yang sedikit berbeza.

Bagaimanapun, untuk memudahkan anda, saya telah senaraikan 13 PERKARA PENTING tentang kursus kahwin Perak yang anda perlu tahu supaya anda boleh bersedia dan mengambil tindakan yang perlu sekiranya anda ingin mengikuti kursus perkahwinan di Perak.
 
 

13 Perkara penting tentang kursus kahwin Perak adalah:

 
1. Sijil kursus kahwin yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ini SAH LAKU untuk digunakan di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri di seluruh Malaysia.

2. Sijil kursus kahwin dari Jabatan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ini TIADA tarikh luput. Ianya SAH LAKU seumur hidup.

3. Sijil kursus kahwin dari Jabatan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ini juga AKAN DIBERIKAN TERUS kepada para peserta sebaik sahaja kursus kahwin tamat pada hari Ahad. Anda tidak perlu tunggu beberapa hari untuk dapat sijil kursus kahwin di tangan.

4. Kursus kahwin Perak juga mudah, duduk dan dengar sahaja dan MASIH BELUM ada ujian lisan atau ujian bertulis. Di waktu ini, sudah ramai muda-mudi yang telah ambil kesempatan ikuti kursus kahwin ini sewaktu ianya masih belum ada ujian.

5. Kursus kahwin di Perak dianjurkan selama dua hari iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Makan-makan disediakan percuma sebanyak 4 kali di sepanjang waktu kursus kahwin berlangsung.

7. Kursus kahwin Perak ini terbuka kepada sesiapa sahaja muda-mudi sama ada muda-mudi yang akan melangsungkan perkahwinan, yang sudah ada pasangan tetapi masih belum nak berkahwin atau juga bagi muda-mudi yang masih bujang, masih single atau masih solo. Tiada sebarang sekatan.

8. Yuran kursus kahwin Perak hanyalah RM100 sahaja untuk setiap peserta. Tiada caj tambahan atau caj yang tersembunyi yang akan dikenakan kepada peserta.

9. Apa yang penting, anda buat booking kursus kahwin terlebih dahulu, manakala yuran boleh dijelaskan pada hari anda hadir ke kursus perkahwinan nanti.

10. Cara berpakaian pula adalah sebegini:

Bagi peserta lelaki – smart kasual dan pastikan memakai baju berkolar. Elakkan memakai seluar jeans lusuh atau koyak. Dan elakkan juga dari memakai rantai, gelang, topi atau cap.

Bagi peserta perempuan – sopan dan menutup aurat. Paling bagus jika berbaju kurung atau berjubah.
 
11. Dokumen yang perlu dibawa pada hari kursus pra perkahwinan hanyalah satu salinan kad pengenalan sahaja (IC),
 
12. Manakala aturcara kursus kahwin Perak adalah sebegini:

Sabtu:

Waktu pendaftaran: 7.30-8.30 pagi

Kursus bermula dari 8.30 pagi hingga 6 petang

(sarapan dan makan tengahari disediakan)

Ahad:

Kursus bermula dari 8.30 pagi hingga 4 petang

(sarapan dan makan tengahari disediakan)
 
 
13. Bagaimana anda boleh buat booking kursus kahwin Perak?

Anda boleh membuat booking dengan hanya Whatsapp sahaja.

Anda hanya perlu berikan:

NAMA PENUH + NOMBOR IC + LOKASI PUSAT KURSUS KAHWIN PILIHAN + TARIKH PILIHAN
 
 
Buat pengetahuan anda, Kak Sue (yang dulunya dari kursus kahwin Taiping) telah ditugaskan untuk menerima booking kursus kahwin untuk pusat kursus kahwin di:

a. Kursus kahwin Meru Raya, Ipoh atau kursus kahwin Ipoh (2 lokasi)

b. Kursus kahwin Seri Iskandar (1 lokasi)

c. Kursus kahwin Kuala Kangsar (1 lokasi)

d. Kursus kahwin Manjong (1 lokasi)
 
 
Anda boleh HUBUNGI atau WHATSAPP Kak Sue di Hotline 019 4400043.

Atau anda boleh Whatsapp melalui link ini:

KLIK, http://kursuskahwinperak.wasap.my
 
 
Kak Sue
 
www.kursuskahwinperak.com

Shares